Kuching 3d2n rm990

Wednesday, 27 July 2011

Hanya Allah Kami Berserah




Sekadar perkongsian. Memang sifat dan sikap manusia setelah di timpa musibah baru nak sedar dan bergantung harap kepada-Nya (Allah) Tuhan yang berkuasa. Sikap ini merupakan sikap yang patut di puji. Setelah mengetahu masalah yang berlaku adalah ujian daripada Nya hanya padanya kita patut bergantung harap. Secepat kilat apa yang patut kita lakukan sekiranya di timpa musibah terus call FREE charge to Allah at 24434-2-7 (Emergency Call if being trouble). Kerana anda adalah mangsa dan merupakan orang teraniaya. Antara orang yang hijab doanya adalah orang yang teraniaya.

Orang yang celaka ialah apabila di timpa musibah mereka semakin jauh malah membelakangkan Allah. Apa yang mereka lakukan mereka mengeluh panjang, dan paling celaka ialah mereka pergi mencari makhluk sebagai tempat mereka memohon bantuan. Mereka kufur dan menduakan Allah. Sedangkan sepatutnya mereka terus merujuk Allah dalam apa jua situasi. Sekiranya mereka di timpa musibah kecurian sekiranya mereka merujuk makhluk sebagai tempat rujukan, baik sekiranya berhasil dari tekaan bomoh maka perbuatan itu adalah sia-sia.

Sebagai umat Islam kita punya panduan yang patut di turuti sekiranya menghadapi apa-apa musiabah. Antara musibah yang ketara dan dalam perbincangan pada hari ini ialah musibah di curi atau kehilangan barang yang berharga.

Antara yang menjadi amalan para solihin bilamana di timpa musibah mereka segera menghubugi Allah dengan melakukan solat yang fardhu yang lima di tambah dengan solat hajat dan selepas itu membaca surah yassin dengan doa di 7 mubin.

Baik antara cara melakukan  solat hajat ada beberapa kaedah yang boleh di guna pakai terpulang kepada anda yang paling mudah. Saya kongsikan kaedah solat hajat:

Panduan Solat Hajat


Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.


3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.



Panduan membaca Yassin dengan doa di 7 mubin:

Rujuk: darussyifa.org

Surah Yassin dengan 7 mubin yang saya ubah suai:










Rujukan : http://www.darussyifa.org

No comments:

Post a Comment