Kuching 3d2n rm990

Thursday, 16 August 2012

Mercun dan Lambang Status?

Bila Tahun Baru Cina menjelang Tahun Baru sudah menjadi budaya mereka membakar mercun bagai meraikan hari kemenangan bagi mereka, pandangan peribadi saya. Kerana apa setiap mercun dan bunga api yang di bakar menentukan status atau pun melambangkan status seseorang.



Cuba bayangkan jika di kira secara kasar mercun dan bunga api yang berada di pasan berapakah harga sekotak mercun dipasaran dan bunga api yang berbagai jenis yang tiada di pasaran hanya golongan berada sahaja yang mampu menperoleh jenis bunga api berkenaan. Bukankah bila tepat jam 12 malam gegak gempita langit dan diwarnai cahaya bunga api yang berbagai, agak-agak kiraan kasar (common sanse) mahu menelan belaja beribu bahkan ada yang mencecah puluhan ribu bagai satu rumah. Bukankah ianya menetukan status seseorang itu.

Ini tidak menjadi keganjilan bagi bangsa Tionghua untuk meraikan hari kemenagan mereka dengan menunjukkan hasil yang telah mereka usahakan selama 11 bulan yang lepas. Jika tahun berkenaan mereka mendapat laba besar maka berbaloi untuk berbelanja bagi menunjukkan kemegahan kejayaan mereka dengan membakar mercun dan bunga api yang berbagai lagi mahal harganaya ini.

Bagaimana pula dengan orang Melayu pun kini terikut-ikut budaya masyarakat Tionghua ini tampa asas yang kukuh. Benarlah mereka punya kemapuan untuk mebeli mercun dan bunga api yang mahal ini tetapi adakah ini tanda kita meraikan hari kemanangan dalam Islam.

Bila di umumkan sahaja tarikh Raya Islam menyarankan umatnya untuk perbanyakkan Takbir dan Tahmid memuji dan membesarkan Allah sebab kita terlah berjaya dalam ujian bagi megawal dan mengekan nafsu yang bermaharajalela sepanjang 11 bulan, hanya sebulan ini mereka berjaya kita tundukkan.

Nabi dan para sahabatnya bila menjelang akhir Ramadan mereka bersedih, dan pada 10 malam yang terakhir mereka menghidupkan malam dengan berQiamulil dan sibuk memperbanyakkan amal Ibadah. Sebab Ramadan yang mulia lagi berkat akan meninggalkan kita. Bagi mereka entah esok mahupaun tahun akan datang berkesempatankah kita berjumpa lagi dengan Ramadan yang mulia. Wallahuallam, sebab umur adalah urusan Sang Pencipta.

Berbalik dengan persoalan diatas lambang dan status? Kejayaan seseorang diukur melalui kejayan duniawai dengan menunjukkkan dengan kemampuan untuk megadakan sesuatu sepertai kereta baru, rumah baru, baju baru , langsir baru dan sebagainya dalam konteks duniawi adalah lambang dan status seseorang. Adakah ini matlamat kehidupan ini. Sebagai seorang Muslim adakah matlamat kita untuk menunjuk-nujuk tentang kejayaan duniawi kita. Sebanarnya dunia ini hanya persingahan yang sementara, kejayaan dunia adalah jambatan untuk akhirat. Matlamat akhir seorang Muslim itu ialah pengakhiran yang baik dan Syurga yang Abadi.


Pengakhiran celoteh hari ini adalah mari kita raikah hari kemenagan ini dengan bersederhana hanya memenuhi keperluan jangan membazir, dan melakukan sesuatu luar batasan. Selamat menyambut hari lebaran 2012 dengan sesuatu yang bermakna. Saya menghulurkan 10 jari memohon ampun dan maaf jika nukilan kali ini agak keterlaluan bukan apa sekadar peringatan buat diri sendiri. Yang baik itu dari Allah yang kurang itu adalah kelamahan saya sebagai insan yang doif.  Moga yang baik dijadikan tauladan yang kurang dijadikan sempadan WAB.