Al kisah, tersebutlah kisah ada sebuah negara terdiri 3 buah negeri. Setiap negeri di perintah oleh Raja dan diatas persetujuan dan undian majoriti dikalangan baginda bertiga salah seorang Raja di pilih menjadi Maharaja Negara Tatanegara.
Nageri Katanegeri di perintah oleh Raja Safar juga merupakan Maharaja Negara Tatanrgara. Raja safar merupakan seorang raja yang tegas dan amat disiplin kerana negeri Katanegeri berasaskan kekuatan ketenteraan. Memandangkan baginda merupakan Maharaja Negara maka pemerintahan Negeri di pangku oleh sahabat karib Raja Safar juga adalah seorang bekas Jeneral tentera.
Negeri Kayaraya merupakan negeri yang kaya kerana di anugerahkan ilahi dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah. Negeri ini diperintah oleh King Fakir. Negeri ini merupakan negeri yang amat penting buat Negara Tatanegara kerana sumber kekayaan dan kemakmuran ekonomi negara dijana hampir sepenuhnya dari negeri Kayaraya.
Manakala Darul Salam negeri yang di tadbir oleh seorang ulama, dan keadaan negeri ini amat sederhana tetapi aman. Dibawah kepimpinan Sultan Malikulsalleh, pendidikan insaniah amat ditekankan dan banyak melahirkan para hafiz dan hafizah yang mantap.
Setelah beberapa abad kini tiba masa pemerintahan kerajan Tatanegara mencari pengganti untuk meneruskan tampuk pemerintahan setelah sekian lama tiada perlantikan baru bagi menggantikan Maharaja sedia ada. Maka Maharaja menjembut kedua adinda baginda juga merupakan pemerintah bagi negeri-negeri di bawah kekuasaan Nagara Tatanegara datang menghadap untuk bermesuarat bagi melantik Maharaja yang baru di kalangan baginda bertiga.
Dalam permesuaratan berkenaan tiada kata putus yang tuntas. Memandangkan baginda bertiga sudah lanjut usia maka masing-masing tidak ingin dan tidak mampu memegang tampuk pemerintahan yang sedia ada. Akhirnya timbul cadangan dari Sultan Malikulsalleh agar dipilih dikalangan anaknda baginda bertiga untuk menjadi Putera Mahkota dengan syarat siapakah dikalangan anaknda baginda bertiga yang paling rakyat jelata mahu menjadi pemerintah mereka.
Molek sungguh cadagan Sultan Malikulsalleh dan di persetujui oleh Raja Safar, dengan syarat pertandingan ini bermula dengan menghantar ketiga anaknda sulung baginda bertiga ke sebuah kolej antarabangsa di negara asing. Antara syarat yang lain putera raja berkenaan tidak membawa gelaran masing-masing di negeri orang. Maka pertandingan segala rasminya di mulakan.
Sejarah latarbelakang putera-putera raja sebelum ini mereka belajar di negeri masing-masing dengan dasar pendidikan mengikut polisi negeri masing-masing. Kalau negeri Katanegara dasar pedidikan ketenteraan yang mementingkan disiplin dan mematuhi peraturan. Manakala negeri Kayaraya dasarnya lebih kepada ekonomi dan penggurusan dan selalunya sekolah-sekolah persendirian yang elit ditubuhkan bagi memberi pelajaran dan pengajaran yang ektensif secara perseorangan dengan pakar-pakar yang dibawakan khas dari luar negara. Bagi negeri Darusalam sistem dan dasar pendidikan lebih kepada pembagunan insan melalui sekolah-sekolah rakyat. Dasar pndidikan Darul Salam menekankan aspek spiriual disamping pendidikan akhlak dan adab.
Dari sinopsis dasar pendidikan setiap negeri tadi agak-agak Putera Raja dari negeri mana lebih propular sekiranya mereka mnyambung pelajaran di luar negara kelak....
IKLAN PENAJA
Madu EQ MINDA baik untuk perkembagan minda pelajar~produk keluaran bumiputera Muslim klik untuk maklumat lanjut.